KETUA jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, menjawab kritikan mengenai pemilihan pemainnya menjelang pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan.
Seramai 25 pemain disenaraikan pada Isnin bagi membawa cabaran negara ke UAE dengan tonggak pertahanan, Shahrul Saad, terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan lutut.
Bagaimanapun, penyenaraian nama pemain yang tidak banyak mendapat minit permainan dalam saingan liga seperti Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid menimbulkan kritikan memandangkan masih ada pemain lain yang lebih menyerlah seperti pemain Terengganu FC, Arif Fadzilah Abu Bakar dan Hakimi Abdullah, selain tonggak Penang FC, Al-Hafiz Harun.
Mengulas mengenai perkara itu, Cheng Hoe berkata kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom: "Untuk sementara ini, kami berasakan perlawanan di peringkat antarabangsa dan Liga Malaysia agak berbeza.
"Bukan saya mahu merendahkan liga kita tetapi ramai tahu bahawa peringkat antarabangsa, suasana perlawanannya, daripada segi intensiti, kelajuan dan taktikal permainan, agak berbeza.
"Bagaimanapun, pemain-pemain tersebut akan diberikan peluang pada masa akan datang.
"Memang kami sudah terbiasa dengan perlawanan antarabangsa dan sudah pasti Akhyar tidak akan sentiasa mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama, malah dia perlu menunjukkan semangat yang tinggi untuk merebut tempat dalam senarai 23 terakhir kerana kami masih mempunyai 25 pemain pada ketika ini.
"Setiap pemain perlu bekerja keras untuk memastikan mereka akan berada dalam skuad 23 terbaik dan seterusnya kesebelasan terbaik," katanya.
Astro Arena
Tue May 11 2021
CHENG HOE: Setiap pemain perlu bekerja keras untuk memastikan mereka akan berada dalam skuad 23 terbaik dan seterusnya kesebelasan terbaik. -- fotoBERNAMA/Fail
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.
Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.
Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.
Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.
Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC
Pertandingan di peringkat Asia itu kini sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.
Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0
Selangor FC menepati ramalan apabila menundukkan Perak FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor petang tadi.
Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan
Pasukannya akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih.
Selangor waspada kebangkitan Kelantan
Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.
Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.
Liga Super: Ayron del Valle aset berharga Selangor, bukan 'scammer', kata Cheng Hoe
Kelahiran Colombia itu sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan gawang apabila menjaringkan gol berganda di Ipoh pada Sabtu.